Copyright 2017 - Copyright © 2017 Pejabat Pendaftar

LATAR BELAKANG PENUBUHAN UNIT INTERGRITI DAN PEMATUHAN

Penubuhan Unit Integriti dan Pematuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah pada tahun 2013 mengikut arahan PekelilingPerkhidmatanBil. 6 Tahun 2013 berkaitan Penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam.

Bagi memantapkan lagi keutuhan sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia, Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) ditubuhkan mengikut SuratPekelilingPerkhidmatanKementerianPendidikan Malaysia Bil. 1 Tahun 2014.

Pada awal penubuhan, Unit ini diletakkan di bawah Bahagian Governan, Jabatan Pendaftar dengan menggabungkan dua (2) UNIT utama iaitu Unit Integriti dan Unit Pematuhan.

Mulai 03 Julai 2017, Unit Integriti dan Pematuhan, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah beroperasi secara rasminya di bawah Jabatan Pendaftar.Secara rasminya buat masa ini Unit Integriti dan Pematuhan, UPSI bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  • Tadbir Urus
  • Pengukuhan Integriti
  • Pengesanan dan Pengesahan
  • Pengurusa Aduan
  • Pematuhan
  • Tatatertib


Selain daripada itu, Unit ini juga bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan Mesyuarat Pematuhan Pengauditan Pengurusan Pusat Tanggungjawab yang diadakan lapan (8) kali setahun dan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Kes Kehilangan (mengikut kes kehilangan yang dilaporkan).

OBJEKTIF UNIT

  • Mewujudkan pentadbiran universiti dan perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integrity yang tinggi melalui pembudayaan dan pengamalan nilai-nilai murni dan etika
  • Merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan universiti, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh agama serta perundangan dan peraturan.
  • Mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu semasa berimpak tinggi yang merentasi agensi secara proaktif melalui mekanisme musyawarah, permuafakatan dan tindakan segera untuk warga universiti.

mohe logo baru  logo soaring upwards and new arrow OUTLINE   logo rasmi 20 tahun

Who's Online

Kami mempunyai 12 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

Hubungi Kami

Pejabat Pendaftar,
Aras 1, Bangunan Canselori
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak, Malaysia

Tel: 05 450 6444
Fax: 05 459 5429
E-mail : pendaftar@upsi.edu.my